Tuesday, 1 October 2019

Daging Goreng Sos Tiram dengan Buah Berangan
Daging Goreng Sos Tiram dengan Buah Berangan

250g daging
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
3 sb sos tiram
5 biji buah berangan - hiris bulat
1 tangkai daun ketumbar
1 sk chilli flakes
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk lada sulah
1 sk minyak bijan
3 sb minyak masak

Perap daging dengan sedikit sos tiram dan serbuk lada sulah.

Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng daging hingga air daging kering. Bila air dah kering, masukkan minyak masak dan gaul daging. Masukkan pula bawang-bawang dan halia. Tumis hingga naik bau. Masuk sedikit air jika kering.

Masukkan pula sos tiram, buah berangan, chilli flakes, minyak bijan dan garam. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

No comments:

Post a Comment