Tuesday, 1 October 2019

Tauhu Masak Bersama Ayam Kisar
Tauhu Masak Bersama Ayam Kisar

70g ayam kisar
2 keping tauhu
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
1 biji cili merah
1 tangkai daun bawang
2" lobak merah
1 sb sos tiram
1 sk soya sos cair
1 sk tepung jagung + sedikit air
1 sk minyak bijan
1/4 cawan air
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak yang sama, tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk ayam kisar tadi dan kacau. Kemudian masukkan air, sos tiram, soya sos cair, minyak bijan, garam dan kacau rata. Masukkan pula lobak merah, tauhu goreng dan akhir sekali, masukkan daun bawang dan cili merah. Gaul sekali lagi dan hidang.

No comments:

Post a Comment