Fettucine Susu Berkeju
Fettucine Susu Berkeju
100g fettucine
5 ulas bawang putih - cincang
2 tangkai daun parsli - hiris halus
1 paket chilli flakes
sedikit air rebusan pasta
1/2 sk stok pekat ayam
1/2 cawan susu sejat
2 sb keju parut Parmesan
1/2 sk garam
2 sb mentega
minyak
Rebus pasta di dalam air yang bercampur garam. Bila pasta kenyal, angkat dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak dan mentega. Masuk bawang putih dan tumis hingga wangi. Masuk fettucine dan gaul rata. Masukkan pula susu sejat, chilli flakes, stok pekat ayam, daun parsli dan garam. Kalau kering, masukkan sedikit air rebusan pasta. Akhir sekali, masukkan keju parut. Gaul rata dan hidang.
No comments:
Post a Comment