Sunday, 27 June 2021

 Lompang Jagung

Lompang Jagung

2 cawan tepung beras
½ cawan tepung ubi
1 cawan gula (dimasak dengan 2 cawan air + daun pandan, bila dah mendidih ketepikan...sejukkan)
½ cawan jagung tin (diblend halus dengan 2 cawan air)
1 sdm air kapur
sedikit garam
perasa jagung
pewarna kuning

1. Campur semua bahan. Tapis.
2. Tuang adunan dalam acuan.
3. Kukus selama 20-25 minit dengan api besar.
4. Kalau nak cantik, balut penutup dengan kain.
5. Bila dah masak, bukak penutup. Perlahankan api...biar 5 minit baru matikan api.

Kredit: Badariah Abdrahman

No comments:

Post a Comment