Tuesday 15 March 2022

 Puding Karamel

Puding Karamel

¼ cawan gula
4 sb air suam

1. Panaskan gula dan masukkan air di dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
2. Tuang dalam loyang berukuran 6" dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk puding:
6 biji telur, gred C
1 tin susu cair
½ tin susu pekat
120ml air
1 sudu tepung kastard
1 sk esen vanilla

1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau menggunakan garpu... jangan terlebih pukul adunan.
2. Tapiskan adunan ke dalam loyang. Hati-hati semasa menuang supaya lapisan karamel tidak terjejas.
3. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung semasa dikukus.
4. Kukus selama 30-40 minit atau sehingga puding masak.

Kredit: mia zareed afiq

No comments:

Post a Comment