Kuih Ulat Bulu
3 cawan tepung pulut
2 sb tepung gandum
1¼ cawan air
1 sudu air kapur makan
sedikit garam
pewarna ikut suka
Inti kacang merah - ready made
Kelapa parut putih + sedikit garam
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, air kapur, garam dan air (tuang sikit2 dulu).
2. Gaul/uli semua sehingga sebati (doh jangan lembik atau keras atau melekat ditangan).
3. Bahagikan doh...warnakan ikut suka.
4. Bulat-bulatkan doh dalam 28g. Leperkan atas tapak tangan dan letak inti kacang merah.
5. Tutup doh dan getel bujur memanjang. Buat sampai habis.
6. Didihkan air dan masukkan doh ulat bulu tadi. Bila timbul, toskan airnya.
7. Gaulkan dalam kelapa parut putih + sedikit garam. Golek-golekkan biar kelapa melekat rata.
Kredit: dapurkakzura
No comments:
Post a Comment