Nasi Goreng Daun Selasih
Nasi Goreng Daun Selasih
1 mangkuk nasi
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1/2 biji bawang besar kuning- hiris tebal
100g isi ayam
1 sb sos tiram
1 sb sos soya cair
1 sk sos soya pekat
1 sb stok pekat ayam
1 mangkuk daun selasih
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak
Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan. Kemudian kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi. Ketepikan juga.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga masak. Masukkan pula sos tiram, sos soya cair, sos soya pekat dan stok pekat ayam. Kacau rata. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata. Akhir sekali, masukkan bawang kuning hiris, daun selasih dan garam. Gaul rata sekali lagi dan hidang.

No comments:
Post a Comment