Udon Goreng Bersama Ayam
Udon Goreng Bersama Ayam
2 paket (400g) udon
3 keping isi ayam
6 biji bebola ayam
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1/2" halia
2 tangkai daun bawang
2" lobak merah - hiris
1 sb cili boh
2 sb sos tiram
2 sb soya sos cair
1 sk minyak bijan
1/2 cawan air
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk garam
minyak
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk cili boh, tumis sekejap, masukkan pula ayam dan sambung menggoreng. Kemudian masukkan bebola ayam, lobak merah, daun bawang dan cili merah. Kalau kering, tambah sedikit air. Bila semua dah sebati, masuk sos tiram, sos soya cair, minyak bijan dan juga garam dan serbuk lada hitam. Akhir sekali, masukkan udon. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment