Thursday, 16 July 2020

Pucuk Keledek Goreng Belacan
Pucuk Keledek Goreng Belacan
1 ikat pucuk keledek
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji cili padi merah
1 sb udang kering
1 sb ikan bilis
1 sk belacan
1 sk sos tiram
sedikit air
sedikit garam
minyak

Kisar bawang-bawang, cili merah, cili padi, udang kering, ikan bilis dan belacan. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk pucuk keledek dan gaul hingga layu. Kemudian masuk sos tiram dan garam dan sedikit air jika kering. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

No comments:

Post a Comment