Asam Pedas Ayam Bersama Sayur Asin
Asam Pedas Ayam Bersama Sayur Asin
6 ketul ayam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 batang serai
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 sk belacan
3 sb cili boh
3 cawan air
2 tangkai daun kesum
1 paket (250g) sayur asin
1-2 asam keping
1/2 sk garam
1 sk gula
minyak
Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan belacan. Ketepikan.
Potong sayur asin, kemudian basuh dan rendam dalam 10 minit. Bilas dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar, serai dan serbuk kunyit hingga wangi. Masuk cili boh dan sambung menumis lagi. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan pula air dan asam keping. Bila ayam separuh masak, masukkan sayur asin, daun kesum, garam dan gula. Bila ayam empuk, bolehlah angkat dan hidang.

No comments:
Post a Comment