Tuesday, 7 January 2020

Kacang Pool (1)
Kacang Pool (1)
1 tin Foul Medames
1/2 keping daging kisar Ramly
1 biji bawang besar - cincang
11/2 sb rempah serbuk beriani
1 sk serbuk cili
sedikit air
1 biji tomato - potong kecil
2 tangkai daun parsli - hiris
minyak

Bahagikan kacang kepada dua bahagian. Kisar satu bahagian dan biarkan satu lagi bahagian tanpa dikisar. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi. Masuk daging dan tomato. Goreng hingga daging hampir empuk. Kemudian masukkan rempah serbuk beriani, serbuk cili, air dan kacang kisar. Gaul rata. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan pula garam dan kacang tanpa kisar. Jika kering, tambah sedikit air. Akhir sekali, masuk daun parsli. Gaul rata sekali lagi, kemudian angkat dan hidang bersama roti dan telur mata.

No comments:

Post a Comment