Sunday, 20 January 2019

Daging Teriyaki (1)
Daging Teriyaki (1)
300g daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang daun bawang
2" lobak merah
1/4 biji lada benggala merah
1/4 biji lada benggala kuning
5 sb sos soya
1/4 cawan cuka beras
6 sb gula perang
1 cawan air
1-2 sb madu
minyak untuk menumis

Perap daging dengan 2 sb sos soya dan 2 sb cuka beras. Ketepikan.

Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng daging hingga air daging kering. Bila air daging dah kering, masukkan minyak dan juga bawang-bawang dan halia hiris. Goreng hingga daging lembut. Masuk sedikit air jika kering.

Kemudian masukkan pula lobak merah, lada benggala merah dan kuning dan juga sos soya, cuka beras, gula perang dan madu. Gaul rata, angkat dan tabur sedikit bijan putih semasa menghidang.

No comments:

Post a Comment