Bihun Goreng Sotong
Bihun Goreng Sotong
1 keping bihun - rendam
1/2 biji bawang merah - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
2 biji cili padi - cincang
7 ekor sotong - hiris
7 biji bebola ayam - belah dua
1 biji fishcake - hiris
2 pokok sawi bunga - hiris
21/2 sb sos tiram
21/2 sb sos seafood
1/2 sk serbuk lada hitam
1 cawan air panas
sedikit garam
minyak
Rendam sotong dalam air panas lebih kurang dalam 3-4 minit, kemudian angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan cili padi hingga wangi. Masuk sotong, bebola ayam dan fishcake. Goreng beberapa minit dan masukkan air panas, sos-sos, garam, sayur dan bihun. Gaul perlahan-lahan hingga semua bahan-bahan sebati. Kemudian angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment