Thursday, 13 February 2020

Bubur Tepung
Bubur Tepung
1/2 cawan tepung gandum
air secukupnya
sedikit garam
2 kotak santan
1 helai daun pandan
2 ketul kecil gula melaka
1 cawan air
2 sb gula pasir

Gaul tepung bersama air dan garam. Ambil secubit tepung tadi dan gentelkan kecil-kecil. Buat hingga habis. Didihkan air dan bila air dah mendidih, masuk tepung tadi dan kacau perlahan-lahan dalam 1 minit. Angkat dan ketepikan.

Di dalam periuk lain, didihkan air bersama gula melaka. Bila gula cair, masukkan santan, gula pasir dan daun pandan. Kacau supaya santan tak pecah. Jika pekat, masukkan air. Masukkan tepung tadi dan kacau beberapa minit hingga tepung betul-betul masak. Masukkan sagu jika suka. Hidang.

No comments:

Post a Comment