Thursday, 13 February 2020

Makaroni Masak Berempah
Makaroni Masak Berempah
1 mug makaroni
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 sb cili boh
1 batang kulit kayu manis
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
1 tin sup tomato
1 sb rempah sup
7 biji cendawan butang - potong empat
1/4 batang lobak merah - potong dadu
2 keping isi ayam - hiris
air secukupnya
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama rempah sup, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis lagi. Masukkan pula ayam dan sedikit air jika kering. Kemudian tuang sup tomato dan kacau. Masukkan air satu tin dan tunggu mendidih. Bila dah mendidih, masuk lobak merah dan biar dalam 1-2 minit. Akhir sekali, masukkan cendawan butang.

Hidang bersama makaroni yang telah direbus. Tabur sedikit hirisan daun ketumbar jika suka.

No comments:

Post a Comment