Kacang Panjang dan Tauhu Goreng Kunyit
Kacang Panjang dan Tauhu Goreng Kunyit
8 batang kacang panjang
3" lobak merah
1 keping tauhu
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sk serbuk kunyit
sedikit serbuk perasa
sedikit garam
minyak
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk lobak merah dan kacang panjang. Goreng hingga sayur lembut. Kemudian masukkan serbuk kunyit, tauhu tadi, serbuk perasa dan garam. Gaul rata kemudian angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment