Wednesday 11 March 2020

Makaroni Bersos Keju
Makaroni Bersos Keju
1 mug makaroni
2 keping isi ayam
1 tin Prego Sos Keju
1 tin air panas
1/2 biji lada benggala hijau
2 batang sosej cili
1 kiub pati ayam
1/2 sk serbuk lada hitam
2 keping keju
minyak

Didihkan air dengan sedikit garam. Bila air mendidih, masukkan makaroni dan rebus hingga al dente. Angkat dan toskan.

Potong sosej kecil-kecil. Panaskan minyak dan goreng sosej hingga kuning. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng hingga kekuningan juga. Tuang Sos Keju dan masukkan air panas sikit-sikit ambil kacau sos keju tadi. Bila sos dah larut dan tidak berbiji-biji, masukkan makaroni, kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan juga keju. Koyak-koyakkan keju semasa masuk kedalam kuali. Bila semua bahan-bahan dah sebati, masukkan lada benggala. Gaul rata, kemudian bolehlah angkat dan hidang.

No comments:

Post a Comment