Sunday, 25 April 2021

 Onde-onde Ceria

Onde-onde Ceria

2 cawan tepung pulut
air suam
sedikit garam
pewarna
gula melaka
kelapa parut

1. Campur garam dalam air suam. Kacau hingga larut. Ikut sukatan tepung yang kita nak bancuh. Setiap bancuhan tepung letak pewarna dalam air yang kita nak bancuh.
2. Contoh kita mula dengan warna purple. Masuk sikit pewarna dalam air suam. Ambik sikit tepung tadi, Masuk air sikit-sikit.
3. Uli hingga tak melekat kat tangan. Ketepikan.
4. Kemudian ambik pewarna lain pulak, titis dalam air. Ambik tepung, masuk air sikit-sikit.
5. Potong gula melaka kecik-kecik untuk buat inti.
6. Cubit sedikit tepung tadi. Masuk gula melaka dalam doh...bulat-bulatkan. Tabur sedikit tepung jagung dalam bekas yang kita nak letak buah melaka supaya tak melekat.
7. Rebus air dalam periuk. Biar mendidih. Masuk buah melaka...biar hingga terapong. Angkat dan toskan.
8. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam. Guling-gulingkan buah melaka dalam kelapa parut.
9. Hidang.

Kredit: Iedaa Jahaya

No comments:

Post a Comment