Telur Puyuh Masak Tomyam
15 biji telur puyuh - direbus
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3-4 sb pes tomyam
3 helai daun limau purut
bunga kobis
lobak merah
cendawan tiram
1 biji tomato - potong wedges
3 sb santan kotak
1/2 cawan air
sedikit gula
minyak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masuk pes tomyam...kacau sekejap...masukkan air dan biar mendidih.
3. Masukkan pula telur puyuh, daun limau purut, bunga kobis, lobak merah, cendawan tiram dan gula. Kacau rata.
4. Akhir sekali, masukkan tomato dan santan...kacau perlahan-lahan. Masukkan garam, jika perlu.
5. Angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment