Thursday, 6 August 2020

Nasi Ayam

Ayam Goreng Madu



Sos Cili, Kicap dan Sup
Nasi Ayam
2 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam (guna resepi Sup Ayam)
sedikit garam
1 helai daun pandan

Campurkan beras, air rebusan ayam, garam dan daun pandan ke dalam periuk elektrik. Masak nasi seperti biasa.

Ayam Madu
1/2 ekor ayam
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
6 cawan air
2 sb kicap manis
2 sb kicap masin
1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
2 sb madu
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Kisar bawang-bawang dan halia. Perap ayam dengan bahan-bahan kisar selama 2 jam. Didihkan air dan rebus ayam sehingga empuk. Keluarkan ayam dan sejukkan. Tapis air rebusan ayam. Guna untuk masak nasi dan untuk buat sup.

Ayam tadi digaul dengan garam, serbuk lada sulah, kicap manis, kicap masin, kicap pekat dan madu. Biar dalam 30 minit. Panaskan minyak dan goreng. (Simpan air perapan ayam bersama kicap tadi).

Sup Ayam
3 cawan air rebusan ayam
sedikit daun bawang - hiris

Didihkan air rebusan ayam. Perasakan dengan garam secukupnya. Tabur sedikit daun bawang semasa menghidang.

Kuah Kicap
Ambil air perapan ayam bersama kicap. Didihkan. Tuang dalam mangkuk dan hidang.


Sos Cili
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 biji cili merah
2 biji cili padi
2 sb cuka
1 senduk air rebusan ayam

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi. Masuk air rebusan ayam dan cuka. Kacau dan masak sos cili dengan api sederhana. Hidang bersama nasi ayam.

No comments:

Post a Comment