Nasi Goreng Sotong
Nasi Goreng Sotong
1 mangkuk nasi
1 biji bawang merah - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
3 biji cili padi - cincang
7 ekor sotong - hiris
7 batang kacang buncis - hiris
1/2 batang lobak merah - hiris halus
2 sb sos tiram
2 sb sos seafood
1/2 sk serbuk pati ikan bilis
sedikit garam
minyak
Rendam sotong dalam air panas dalam 5 minit. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan cincang hingga wangi. Masuk sotong dan goreng dalam 5 minit. Masukkan pula kacang buncis, lobak merah, sos-sos, garam dan serbuk pati ikan bilis. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan nasi dan goreng hingga semua bahan-bahan sebati. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment