Monday, 26 October 2020

Pea Sprout Goreng Ikan Bilis
Pea Sprout Goreng Ikan Bilis
150g pea sprout
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
sedikit ikan bilis
2 keping tauhu (saiz kecil) - potong dadu
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Kisar bawang-bawang, cili merah dan ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk pea sprout, garam dan goreng. Bila sayur dah lembut, masukkan tauhu tadi. Gaul perlahan-lahan, kemudian angkat dan hidang.

No comments:

Post a Comment