Sunday, 11 October 2020

Tauhu Masak Air Asam
Tauhu Masak Air Asam
2 keping tauhu - potong
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
2 biji cili padi - titik
1 batang daun bawang - potong 2" panjang
1/2 sk serbuk kunyit
1/4 cawan air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan sedikit baki minyak menggoreng tauhu tadi dan tumis bawang-bawang dan cili-cili hingga wangi. Masuk serbuk kunyit dan air. Kacau rata. Kemudian masukkan tauhu, daun bawang dan garam. Gaul perlahan-lahan hingga semua bahan-bahan sebati. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment